Jalan cerita Assassination Classroom

Suatu makhluk luar angkasa menyerang didapati sebahagian besar Bulan menyerupai bulan sabit secara kekalnya. Ia pula memberi amaran kepada warga Bumi bahawa ia akan memusnahkan planet ini dalam masa setahun melainkan dengan satu peluang mengelakkan keadaan ini berlaku.

Makhluk ini memilih Jepun sebagai tempat mendaratnya di Bumi. Secara khususnya, ia memilih Sekolah Menengah Kunugigaoka (椚丘中學) yang menarik perhatian para pelajar bermasalah kelas 3-E yang dijadikan didikannya; para pelajar ini menamakan ia Koro[nota bahasa 1]. Ia mula mengajarkan cara bermungkinan mampu membunuh ia, malah kerajaan Jepun mengalakkan para pelajar tersebut membuat percubaan ini dengant tawaran sebanyak 10 bilion yen. Cabaran ini mula menggusarkan para pelajar ini yang melihat Koro melayan mereka dengan baik serta memberi galakan kepada mereka untuk belajar bersungguh-sungguh.

Berkaitan